Saturday, August 1, 2015

Resipi Kuah Kacang

Sempena Syawal yang masih berbaki ni, jom try buat kuah kacang... Senang je buat kuah kacang ni, part mencabarnya masa nak buang kulit kacang tu, kena tabah dan sabar je lah demi nak dapatkan hasil yg terbaek!

Bahan-bahan
- Kacang tanah 800g
- bwg merah 5 biji atau bawang besar 1 biji
- bwg putih 3 ulas
- cili boh 1 senduk
- air 6 cawan
- sebatang serai, diketuk
- garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:
- Kacang tanah digoreng tanpa minyak pastu buang kulitnya (dgn tabah dan sabar, hehe)
- kisar kacang tanah
- kisar bwg
- tumis bawang dan cili boh sehingga cili garing
- masukkan air, kacang yg dah dikisar dan serai
- masak sampai menggelegak
- perisakan dgn garam dan gula
- alhamdulillah, sedia dimakan bersama satey atau ketupat 😊

Dah try, share sini ekkkk, tq 


Sunday, May 24, 2015

Gulai Udang Terengganu Style

Bahan-bahan
- 10 ekor udang saiz sederhana, dibersihkan, basuh dan purify
- 1 biji bawang besar*
- 3 biji bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 bungkus (24g) serbuk kari ikan
- 1 cawan santan pekat
- 1 sudu besar gula
- 1 keping asam gelugor
- 1 batang serai, dititik
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis

Cara-cara:
- kisar semua bahan bertanda *
- campur bahan kisar dengan serbuk kari, kacau sebati
- panaskan sedikit minyak
- tumis bahan kisar tadi sehingga terbit minyak
- masukkan udang, masak seketika dalam 2 - 3 minit
- masukkan santan, asam gelugor, serai dan masak sehingga menggelegak, sentiasa kacau untuk mengelakkan pecah santan
- masukkan gula dan garam, kacau seketika
- setelah masak, sedia untuk dihidang


Friday, May 22, 2015

Konsert Malam Keajaiban Cinta - Dato Rossa

Venue: Istana Budaya, Kuala Lumpur
Masa: 8.30pm - 11.30pm
Harga Tiket: RM 84.43 (termasuk cukai)
Tempat duduk: Upper circle je mampu hehe
Artis jemputan: Joe Flizzow dan Chakra Khan

Antara lagu yg dinyanyikan (yang saya dapat capture, sebab ada beberapa lagu tu tatau title... Hehe):
Pudar
Tegar
Memeluk bulan
Ku menunggu
Hijrah cinta
Bila salah
Di mana kan ku cari ganti
Tanya sama hati
Awala dondang
Eslilin
Apa khabar - duet Joe Flizzow
One night lover
Salahkah - duet dengan Chakra Khan
Atas nama cinta
Ayat ayat cinta
Hey ladies







Yang menariknya menonton di istana budaya adalah:
- sebelum persembahan mula, hadirin diminta berdiri untuk menghormati lagu Negaraku
- dibenarkan merakam certain2 part semasa persembahan, contohnya hanya 10 minit pertama dan semasa beberapa minit awal persembahan yang ada artis jemputan
- masa2 lain adalah dilarang membuat sebarang rakaman, kalau caught in the act, akan kene suluhan lampu laser... Sape yg rasa segan tu akan sorok la balik tepon... Yang ketegaq tu, dia pedulik jer... Huhu

Bubbye :-)

Saturday, May 16, 2015

Petua Bawang Goreng Rangup

Saya google petua ni dan dah cuba... Memang rangup! :-)
Cara-caranya ialah:

1. Mayang bawang merah
2. Rendam bawang merah tadi dalam air garam selama 10 minit.
3. Bilas dengan air bersih. 
4. Gorengkan bawang tersebut di atas api sederhana sehingga garing. 
5. Simpan bawang tersebut di dalam bekas kedap udara.
Senang kan! Jadi la bawang goreng homemade... Selamat dan suci hehe...


Friday, May 15, 2015

Resipi Nasi Biryani

Berjaya mencabar diri sendiri untuk memasak nasi biryani, from scratch... Tgk bahan2 nya dah nak give up nak masak, tapi sebab dah beli, proceed la jugak untuk masak... Saya pakai resipi chefwan, kat sini  

Bahan-bahan:
- 1 setengah cawan beras basmathi, basuh dan toskan
- suku cawan minyak sapi
- 6 bawang besar, dihiris 
- 10 biji bawang merah, dimayang
- 2 batang serai, diketuk
- se inci halia, dihiris halus
- 1 helai daun pandan, carik dan simpul
- 4 biji tomato, dicincang halus
- 1 3/4 cawan stok ayam
- setengah cawan susu cair
- 2 sudu teh saffron atau pewarna kuning
- suku cawan air mawar
- 1 cawan kismis
- 1 cawan kacang gajus, dibakar
- bawang goreng untuk hiasan
- 1 genggam daun pudina, dicincang
- daun pisang, cukup untuk tutup periuk
- garam secukup rasa

Bahan tumis:
- 5 bunga cengkih
- 6 buah pelaga
- 4 bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis

Cara memasak:
- Panaskan periuk, masukkan minyak sapi, bagi cair, masukkan bahan tumis dan tumis beberapa minit sehingga naik bau
- masukkan bawang besar, bawang merah, halia, serai, daun pandan, tumis sehingga keemasan
- masukkan kismis (tinggalkan sedikit untuk hiasan nanti) dan tomato, masak sehingga tomato lembut
- masukkan beras basmathi dan kacau. Masukkan stok ayam, kacang gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan nanti), saffron, garam (optional bergantung dengan stok ayam, kalau dah masin tak perlu letak), separuh sukatan daun pudina dan susu cair
- masak menggunakan api sederhana dan kacau sekejap2 sehingga nasi lembut. Masukkan air mawar, bawang goreng dan lebihan daun pudina tadi (tinggalkan sedikit untuk hiasan nanti).
- tutup bahagian atas nasi dengan daun pisang, kemudian tutup periuk dengan penutupnya dan biarkan nasi masak (5-10 minit)
- bila nasi telah masak, boleh hiaskan dengan lebihan kismis, gajus, bawang goreng dan daun pudina tadi
- sedia untuk dimakan
- nasi biryani ini juga boleh dimakan bersama kurma ayam

Sukatan makanan  cam gini boleh dimakan sehingga 8-10 orang dewasa bersaiz sederhana haha ... Try masak jom! :-)




Monday, March 23, 2015

Keledek Bakar

Keledek yang dimasak begini adalah lebih sedap daripada kentang... Silalah cuba!

Bahan-bahan:
  • Keledek 4 biji
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk Lada Hitam secukupnya
  • Minyak Zaitun 3 sudu besar

Cara-cara:
  • Kupas dan potong keledek panjang-panjang macam nak buat fries
  • Letak garam, serbuk lada hitam dan minyak zaitun bersama-sama keledek tadi dan gaul sebati
  • Panaskan ketuhar
  • Bakar pada 200 darjah celcius selama 30 minit
  • Sedia dimakan

Sedap sebab keledek ni manis... cuba yer! :-)



Friday, February 6, 2015

Resipi Kurma Ayam

Jom masak, resipi senang, digemari sekeluarga, tak pedas dan sesuai untuk semua golongan, orang dalam pantang pon leh makan...

Bahan-bahan
  • Kurma ayam dan daging Adabi (dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)
  • Ayam (1/2 ekor), dipotong, dibersihkan dan purify
  • Santan pekat (1/2 cawan)
  • Minyak masak untuk menumis
  • Air (3 cawan)
  • Bawang besar (2 biji - sebiji untuk ditumis 1 biji dibelah empat)
  • Bawang putih (4 ulas)
  • Kentang (3 biji)
  • Halia (1 inci @ sebesar ibu jari)
  • Garam secukupnya
Cara memasak
  • Hiriskan bawang besar, bawang putih dan halia lalu ditumis
  • Masukkan pes kurma dan kacau hingga terbit baunya
  • Masukkan ayam dan air.
  • Tutup periuk dan biarkan sehingga ayam empuk
  • Kemudian masukkan santan, bawang yang tekah dibelah empat dan kentang. Biarkan sehingga kentang empuk.
  • Tambahkan garam secukup rasa
  • Sedia untuk dimakan
Resipi ini juga boleh digunakan untuk kurma daging... Jom masak! :-)












Saturday, January 31, 2015

Tom yam putih

Biasanya saya menggunakan pes tomyam yg berlambak di kedai tu je nak masak tomyam ni, tapi cam terasa tanak pakai pes plak, nak tau apa rasanya dan nak bagi cabaran sket... Hehe... 

Dan berikut adalah resipi yg nak dikongsi:

Bahan yang diketuk:
4 biji cili padi, diketuk
1 inci halia, di ketuk
1 inci lengkuas, diketuk dan dihiris nipis
2 batang serai, dititik
2 ulas bawang putih, diketuk dan dihiris

1 biji bawang besar, dipotong 4
Beberapa helai daun limau purut
1 biji limau nipis, perah dan ambil jus
2 ketul ayam, dibersihkan, purify dan dipotong kecil (ikut citarasa saiz masing-masing)
1 sudu besar sos ikan

Sayur
1/2 batang lobak merah
Bunga Kobis
Putik jagung
1 btg saleri
1 biji tomato

1/2 sudu besar susu pekat manis
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Ambil periuk, masukkan air, bahan bahan yang diketuk, bawang dan ayam.
2. Apabila sudah mendidih, masukkan daun limau purut, sos ikan dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sayuran (kecuali tomato). Kemudian masukkan sedikit demi sedikit jus perahan limau nipis. Jangan guna semua kalau sudah cukup masam. 
4. Masukkan susu pekat manis.
5. Apabila sayuran sudah empuk boleh la masukkan tomato. Biarkan seketika dan boleh lah padam kan api.
6. Kalau suka fishball boleh la tambah, anak-anak ada yang suka.
7. Siap untuk di hidang.

Sangat lagi berperisa berbanding masak pakai pes yang ready made. Cubalah!





Friday, January 30, 2015

Beef Patty Making... Revealed

Anak saya memang suka makan burger... Best jugak bila dapat buat burger patty sendiri kan? Memandangkan semua nya di hujung jari sekarang ni, gugel jer resipi... settle!

now, i can tick my to do list of main masak-masak, YEAY! ahaks





















Resipi untuk patty burger homemade:

  • Setengah kilo daging (basuh, purify dan toskan)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih
  • beberapa titik tabasco
  • sos worchestershire (saya pakai brand lea and perrins)
  • 1 biji telur ayam
  • sedikit serbuk lada hitam


Resipi untuk buat burger

  • roti burger secukupnya
  • butter
  • slice cheese
  • salad
  • tomato
  • cili sos
  • mayonis
  • tempat bakar burger, saya pakai The BBQ grill brand Breville
Cara-caranya boleh tgk step by step pictorial seperti di atas. Selamat mencuba pastu post komen kat sini ekkk :)

Sunday, January 18, 2015

Anugerah Juara Lagu 29

Ini memang terbaek... Suke! :) ternyata keputusan edry menggandingkan mojo dengan buskers cacat penglihatan memang terbaekkk... kata edry di fb nye menjelang final ajl "Bakat yang harus diketengahkan.. tak sangka pencarian vokalis berkahir di perkarangan Sogo, Jalan TAR, KL..."

dan ramai orang menangis masa AJL smalam... huhu...

Jom layansss...


Ni masa derang busking kat Jalan TAR... Nyanyi cam ni je pon dah best dah aku rasa... apatah lagi bila kat AJL, memang lagik lemak berkrim! :)


Monday, January 12, 2015

Finalis AJL 29

Source: Google

Anugerah Juara Lagu telah 29 tahun berada di dalam dunia hiburan Malaysia dan tidak keterlaluan jika dikatakan sebagai anugerah yang paling berpestij di Malaysia ini. 29 tahun, lama tuh! Ini bermakna kepada golongan yang seusia saya, kami dibesarkan dengan AJL, kan...! :-)

So, berikut adalah senarai finalis untuk AJL yang bakal berlangsung minggu hadapan ni.

Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil
Tarikh: 18 Januari 2015
Jam: 9.00 malam

Sila klik pada lagu untuk menonton klip video (ehsan daripada YouTube)

               
Judul lagu
Penyanyi/ kumpulan
Shila Amzah
Dayang Nurfaizah
Mojo
Stacy
Indah Ruhaila
Dato’ Hattan dan Waris
Hafiz Suip
Bunkface dan Amy Search
Alyah
Yuna
Joe Flizzow dan Sonaone
Hazama

Thursday, January 8, 2015

Langkawi

Tarikh: 2 - 4 Disember 2014
Flight: Firefly

Itinerary Langkawi

Day 1
  • Arrival (12 noon)
  • Ambil kereta sewa yang kami dah memang book awal (2 minggu sebelum) datang langkawi. Boleh call Abang Wan 0194239127 kalau sesiapa berminat nak sewa kereta di Langkawi.
  • Makan tengah hari di kedai makan berdekatan airport
  • Check-in hotel kat Pekan Kuah
  • Jalan-jalan pusing pulau dengan kereta, singgah The Loaf kat Perdana Quay Pantai Kok, beli roti, sambil menikmati scenery tepi laut yang ada banyak yacht tengah parking... cantik...
  • Balik hotel, anak-anak layan swimming pool
  • Makan malam 
  • Rehat dan tidur
Day 2
  • Breakfast
  • Sky Cable di Gunung Mat Cincang, kami pegi awal (9 am) untuk mengelakkan kesesakan
  • Lunch di HIG Mall dan terus shopping
  • Mandi laut di Pantai Kok, aktiviti dah agak petang dalam pukul 5 - 6.30 petang
  • Balik hotel, dinner, berehat dan tidur

Day 3
  • Breakfast
  • Check Out 
  • Shopping lagi kat Pekan Kuah beli kain batik, corelle dsb hehe
  • Singgah kat Minyak Gamat Nusantara, tak sah la kalau pegi langkawi tak beli gamat kannnn
  • Telaga Air Hangat menikmati refleksologi basah
  • Galeria Perdana, singgah je snap gambo sebab anak-anak tanak masuk... adeh...
  • Lunch di kedai makan area airport
  • Ready ke airport, tinggalkan kereta sewa dan terus check in untuk pulang, flight 5.10 pm
  • Arrive Subang 
  • Balik rumah, berehat dan tidur

The Loaf, Perdana Quay, Pantai Kok, Langkawi

Ready nak naik cable car mat cincang, nasib baik belum ramai orang lagi

Patut la gayat!

Us!

Pis yo!

Kontrol gayat kah?

View from the top... Kabus la pulek!



Selain naik Sky Cab ada macam-macam lagi aktiviti lain yang boleh dibuat...

Jom tabur duit! haha

Yeay! Mandi Laut @ Pantai Kok

Lang Square

Kuali masak gamat. Caution! Hot!

Telaga Air Hangat... Jom rendam-rendam kaki


Boleh juga jalan atas batu...


Basically itinerary yang bertemakan light & easy ini adalah sangat sesuai untuk yang berjalan bersama keluarga yang ada anak-anak kecil yang sedang membesar seperti saya. Makan tu yang senangnya kami tapau dan makan kat hotel je, alhamdulillah kat sebelah hotel kami kami duduk ni banyak je kedai makan.

Next time, bila anak2 dah besar nanti boleh la pegi lagi, tapi itinerary kena bertemakan outdoor challenge la plak kot, hehe...

Seronok kan jalan-jalan! Jom share experience korang gi langkawi plak...! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...