Monday, October 20, 2014

Rossa - Takkan Berpaling Dari Mu

Tadi terdengar lagu ni di corong radio (wah! hehe), maksud lagu nih sangat dalam, aku pun gigih la meng google lirik lagu nih...

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang dan maha mengetahui segala duduk perkara.

Ce korang dengar...




Kala malam bersihkan wajahnya dari bintang-bintang
Dan mulai turun setetes air langit dari tubuhnya
Tanpa sadar nikmatnya alam karena kuasa-Mu
Yang takkan habis sampai di akhir waktu perjalanan ini

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Oh Tuhan anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Terima kasihku Ya Allah
Tuhanku anugerah-Mu
Anugerah-Mu

Tuhan sisihkan semua aral melintang di hadapanku
Dan buat terang seluruh jalan hidupku melangkah

Terima kasih ku pada-Mu Tuhanku
Tak mungkin dapat terlukis oleh kata-kata
Hanya diri-Mu yang tahu besar rasa cintaku pada-Mu
Anugerah-Mu tak pernah berhenti
Selalu datang kepadaku Tuhan semesta alam
Dan satu janjiku takkan berpaling dari-Mu

Best kan? :)

Wednesday, October 15, 2014

Keperluan Bagi Setiap Wanita

Kerana dirimu bergitu berharga... Chewah! Hehe... Ok, kali ni punye post adalah lebih kepada product review... memandangkan product ni bagus, adalah berdosa sekiranya saya tidak war-warkan kepada anda...

Review saya:

  • Sangat sesuai untuk mereka yang ingin memperbaiki payu dara yang telah lembik, maklumlah dah melahirkan dan menyusukan anak selalu kan...
  • Ianya sangat sesuai juga untuk ibu yang sedang menyusukan badan.
  • Bukaan menyusu yang lembut dan mudah
  • Pemakaian yang berterusan akan dapat membentuk payu dara yang cantik
  • Memperbaiki payu dara yang lendut, menggelebeh (saggy)
  • Dapat menampung payudara agar tidak jatuh dan menumpukannya kepada  kedudukan yang betul
  • Ada lifetime waranty, boleh hantar repair e.g. cangkuk tercabut


And here's the star! :)

Picture from google

Harga adalah mengikut saiz ranging from 65-100, cup B-F

Price ranging from RM480 - RM528 (mengikut saiz)

Boleh Whatsapp/ Telegram Ilin di 0136844143 untuk maklumat lanjut.

Dan sekali lagi, kerana dirimu begitu berharga. Jaga diri, hiasi peribadi :)


Monday, October 13, 2014

Nasi Dagang Teganu Kite

Dah lama dah try nak masak nasi dagang ni... Nak jugak tau kompleks sangat ke nak masak nasi dagang ni... hehe... basically, agak banyak juga step nak masak nasi dagang ni, itu pendapat sayalah... jangan percaya apa saya kata, just try je cemana nak buat nasi dagang ni, boleh follow resipi seperti di bawah:

Resepi Nasi

  • 3 cawan beras basmathi
  • 3/4 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan kotak
  • 1 1/2 cawan santan kotak yang ditambah garam dan gula secukup rasa dan jangan lupa tambah 2 sudu minyak masak
  • 2 helai daun pandan disimpul
  • *6 biji bawang merah
  • 1 1/2 sudu kecil halba
  • *1 inci halia
1. Hiris bahan bertanda * letak dlm 1 bekas bawang, halba dan halia... letak tepi dulu

2. Beras basmathi dan beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman jika nak buat sarapan

3. Kukus beras di atas serta daun pandan dlm periuk kukus selama 30 minit... buat lubang di tengah-tengah nasi tadi untuk menggalakkan udara keluar masuk dlm periuk kukusan tu

4. Dah siap kukus, keluarkan nasi tadi dari bekas kukusan, letak dlm bekas lain yang agak besar, masukkan 2 cawan santan kotak, kacau perlahan-lahan untuk biarkan santan meresap dalam nasi tadi... Kemudian masuk semula dalam periuk kukusan.. kukus 30 minit lagi.. setelah 10 minit, masukkan halba dalam nasi yang dikukus tadi

5. Keluarkan nasi setelah 30 minit, letak dlm bekas, masukkan bawang yang dipotong halus dan halia yang dihiris senipisnya serta curah lagi santan yang 1 1/2 cawan tadi sedikit demi sedikit sehingga nasi menjadi lembut, kukus lagi dalam 15 minit (bagi santan tadi masak)

Nota: sukatan air ni berbeza mengikut beras digunakan...

Tu beras tengah dikukus menggunakan periuk kukus yang dibeli di Pasar Payang hehe



Resipi Kuah Gulai Ikan Tongkol aka Ikan Aya

  • seekor ikan tongkol/ aya di potong mengikut saiz kesukaan
  •  3-4 keping asam gelugur/ asam keping
  •  1/2 blok gula melaka
  •  garam
  •  air secukupnya
Rebus bahan-bahan di atas, dalam 2 jam
Si ikan aya yang telah direbus selama sejam

  •  2 biji bawang besar sederhana saiznya*
  •  3 ulas bawang putih*
  •  1 inci halia*
  •  1 inci lengkuas*
  • sedikit belacan*
Kisar bahan-bahan bertanda *
  • cili kisar (3-4 sudu besar, ikut kepedasan)
  • 2 peket (sepeket 15 g) rempah gulai nasi dagang, saya pakai jenama bunga rose 
  • 1 sudu kecik kerisek
  • santan kotak (setengah cawan)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • gula melaka dan garam
  • air rebusan ikan tadi

1. Panaskan minyak dlm periuk, masukkan lada kisar biar ia naik bau dan pecah minyak...
2. Masukkan bahan kisar..tumis biar lama dgn api perlahan dan masukkan pula rempah gulai ... saya tumis agak lama..agak2 kering tu masukkan air....sehingga ia bertukar warna agak gelap...
4. Kemudian masukkan air rebusan ikan tadi (separuh dulu)...masukkan santan pekat, kacau sehingga semua sebati dan biar ia agak pekat.
5. Masukkan kerisek
6. Masukkan ikan aya tadi dan rasa dulu sb air rebusan ikan tadi sudah ada rasanya..kalau tawar tambah garam, gula atau gula melaka

Tips: Masak gulai kene sabar okeh hehe, tumis rempah lagi lama lagi sedap. Kuah gulai ni kalau buat malam ni makan pagi esok kuah gulai tu akan bertukar sikit warna dia kegelapan, dan lebih best...

Rempah Gulai Cap Bunga Rose
'Tumis'ing in process... hehe

Resipi Acar

Ini resipi paling senang dalam liga ni... hehe

  • Timun - Sebatang
  • Lobak Merah - Sebatang
  • Bawang besar - Sebiji
  • Garam secukupnya
  • Gula - 1 satu sudu besar, ikut deria rasa masing2
  • Cuka - 2 sudu besar
1. Hiris timun, lobak merah dan bawang besar
2. Masukkan garam, gula, dan cuka
3. Sedia dihidang



Hiris ikut saiz yang korang prefer





Acar yang sedia dimakan

Inilah hasil nasi dagang yang telah sedia dimakan...

Memang puas hati lepas masak nasi dagang ni, siap bagi kat orang lagi... haha... Cuba lah yer! Kalau dah cuba nanti jangan lupa tinggalkan komen... hehe

Bye, jaga diri hiasi peribadi

Ilin Junus

Wednesday, October 8, 2014

Girl's Day Out Lagi

Kali ni punya day out bertemakan Light & Easy - Soul Therapy. Agenda dimulakan dengan sarapan pagi di rumah Timah. Timah telah menyediakan kami nasi goreng udang, sambal bilis, roti pratha, kari ayam dan nescafe panas. Tema makan adalah makan berat sebab kami akan makan tengahari lewat sikit nanti.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.  Agenda diteruskan dengan memanjakan diri di spa. Kami telah memilih spa yg berdekatan dengan rumah Timah iaitu Scissor's Magic yang terletak di Shah Alam Seksyen U5. Alamat penuh adalah sperti berikut:

Scissors Magic No. 17-B, Tingkat 1, Jalan Uranus AG, U5/AG, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.

Spa ini dimiliki oleh bekas junior sekolah saya, nama dia Nadia, dan ini adalah kali pertama kami ke sini. Macam2 servis disediakan, sangat menarik dan harga pun berpatutan. Urut tradisional, facial resdung, mandi lulur, inai rambut, hair relaxing, rebonding, macam2 lah! Waxing pon ada... Dan yang penting ini adalah spa muslimah... Terbaek kan!


Haaaaa! Nampak tak muka puas hati kitorang! Hehe

Servis memang best dan memang lepas ni akan datang lagi nak buat treatment rambut lak! Sesapa yang nak cuba khidmat di Scissor's Magic boleh whatsapp je Nadia kat 0176217187, atau kalau nak skodeng fesbuk dia pon boleh, https://www.facebook.com/ScissorsMagic
 

Lepas settle memanjakan diri, usai solat zohot, jam dah pun menginjak ke pukul 3pm... kami pon gerak ke seksyen 15 untuk makan... Kali ni kitorang makan kat Restoran Cina Muslim Adam Lai...  





Settle makan2, dah pon pukul 5 petang, we call it a day, dan kitorang pun bersurai...


Thank you frens, seronok dapat day out, lepas ni kita gi melaka lak ekkk! Jauh sket jalan hehe... Muahh cikeddd hik hik :-) Pssttt! Saya adalah pakai mermaid skirt abang kawasan Ashhannas Ashhannas hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...