Friday, November 28, 2014

Dip n Dip

Bulan lepas, telah berjaya menternak lemak di badan dengan berkunjung ke Dip n Dip Bangsar. Hehe. Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Dip n Dip ini.

Jom! Cuci mata dengan gambar-gambar yang meruntun jiwa dan nafsu makan anda. Haha






Review saya adalah, pegi makan sekali-sekala untuk memanjakan diri boleh la sebab:
- makanan dia adalah menggemukkan, tahap kene lari marathon lepas makan ni untuk nak bakar kalori balik. Hehe
- harga agak mahal juga bagi rakyat kebanyakan seperti saya, agak kopak la kalau makan selalu
- sangat sesuai untuk bawak anak, pasangan, kawan-kawan, family atau sesiapa sahaja kalau nak celebrate any special occasion
- 'syurga' kepada penggemar coklat yang tegar

Alamat:

Jalan Telawi, Bangsar,
59100 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel: 60322015052

Waktu urusan
Sat-Thu 11:00am – 1:00am
Fri 2:30pm – 12:00am

Website: www.dipndip.com

Ada sesiapa lagi yang pernah makan kat sini? Ce citer

Dan, saya terjumpa anzalna masa tu, she is so friendly, layan je saya nak bergambar... Hehe


 Ahaks!

Resipi Kek Belang

Tgh mode "Bila datang angin teringin nak makan kek yg panazzz2, yg freshly from the oven", hehe... 

Ada orang paggil kek belang, kek butter, kek planta aka kek bodo 

Antara alat2 yang perlu ada, ialah:

1. Mixer (ada hand mixer kodi pon boleh nersss, tak perlu la sampai ada 'KitchenAid', tapi kan masa zaman mak saya dulu dia mix pakai tangan je guna senduk)
2. Oven
3. Bekas sederhana besar utk mix kan adunan kek
4. Loyang yang sesuai, sukati la nak bulat ke petak

Bahan-bahan kek pula adalah:

Gula kastor 1 cawan
Buttercup 1.5 cawan
Tepung naik sendiri 1.5 cawan
Telur 4 biji
Esen vanila 1 sudu teh
Susu penuh krim 1/2 cawan
Pewarna merah dan hijau

Cara-cara
- Pukul gula dan butter sampai kembang dan putih
- masukkan telur 1-1 (pukul seminit setiap satu)
- masukkan esen vanila
- masukkan tepung sikit2 diselangi dgn susu
- pukul sampai sebati
- bahagikan adunan kepada 3 bekas (1 takde warna, 1 letak beberapa titik warna hijau, 1 letak beberapa titik warna merah)
- sapukan mentega di seluruh dalam loyang (nak bagi kek senang dikeluarkan bila dah masak nanti)
- sendukkan adunan berselang warna ke dalam loyang bulat 8' X 8' sesenduk demi sesenduk
- pastu goyangkan sikit loyang bagi adunan rata
- panaskan oven
- bakar pada 170 degree selama 40 minit, api atas bawah
- lepas masak keluarkan dari oven bagi kek sejuk sikit, dan sedia dimakan

Bagi saya buat kek ni yg payah nye nak sediakan bahan dengan nak membasuh utensils nye lepas kejadian.. Hehe.. Lelain tu senang je, campak2 and mix ajer... 






Sesapa dah cuba, tinggalkan komen ekkk... Muahsss
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...