Monday, May 26, 2014

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Dah lama dah dengar lagu ni di corong radio. Baru hari ni berkesempatan nak research melalui encik google... Lagu ni menyatakan sayang ibu kepada anaknya yang sedang lena dibuai mimpi indah. Asalkan anaknya dapat tidur lena, si ibu sanggup berbuat apa saja. Jom amati lirik lagu arjuna beta ni...

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur 
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


Penyanyinya adalah Fynn Jamal. Beliau merupakan seorang pemuzik, penulis dan penyajak yang bergerak secara indie. Dari sumber di Beautifulnara, Fynn Jamal sudah pun berkeluarga dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Namun sesuatu yang sangat-sangat tidak diingini oleh mana-mana ibu bapa telah terjadi kepada anaknya, Juna. Juna harus menjalani pembedahan sebelum jantung membengkak dan kos untuk melakukannya mencecah RM35 ribu. Ini info as per tahun lepas la. Lagi info lanjut, bolehlah ke Facebook Fynn Jamal.

Menyentuh jiwa sungguh...

Thursday, May 22, 2014

Baby First Food

Alhamdulillah, dah enam bulan dah baby ahmad. Dan alhamdulillah juga so far saya dapat fully breastfeed baby ahmad. Ok, yang excitednya entry pada hari ini adalah baby ahmad dah boleh makan solid food!!! Seronoknya! Hehe

Dah anak empat pon still nak excited kan... Maklum lah, dah 5 tahun takde baby kan, so rasa macam first time lah dapat baby!! Ahaks

So dalam entry ni saja nak share apa yg saya bagi anak saya yang berumur 6 bulan tu kan... Dulu, masa anak2 yang sebelum ni saya hanya beli makanan ready made yg dijual di pasaraya... Tapi kali ni saya lebih suka untuk masak... Bukan susah pon, senang jer resipi makanan bayi ni...

Resipi 1: nasi lobak merah

Bahan-bahan
Beras (setengah pot)
Lobak merah (setengah batang)
Air (separuh periuk)

Lobak merah tu boleh je tukar dengan bahan lain seperti keledek, kentang atau labu...

Cara-cara
1. Masukkan je semua tu dalam periuk dan masak (api kecil) sehingga nasi jadi bubur.
2. Bila dah masak, tutup api dan biarkan seketika dalam 5 minit
3. Ambil hand blender , blend je makanan tadi sehingga menjadi puree

Siap! Bahagi2 kan dalam beberapa bekas kecil, simpan dalam fridge, cukup untuk makan seminggu. Bila nak bagi makan, panaskan je... Senang kan!!

Tips lain:
1. Kalau siapa suka guna slow cooker, boleh juga guna, cuma masak pakai slow cooker ni lama la sket masaknya, nama pon slow kan...
2. Sebelum simpan dalam fridge, biarkan dulu makanan tadi di luar sehingga jadi suhu bilik, then baru masukkan dalam fridge.
3. Kalau takder hand blender, pakai blender biasa pon boleh, tapi make sure makanan tu tak panas baru blend, takut nanti rosak plak blender tu kalau blend panas2
4. Seeloknya pakai la blender lain utk blender makanan bayi ni, kalau pakai blender yg sama yg kita blend bawang cili belacan tu takut kang makanan baby tu ada perasa sambal belacan lak... Hehe

Sesiapa nak kongsi resipi? Jom share :)


Image Source: Google

Monday, May 19, 2014

Kelantan Aku Datang

Day Trip with my girl friends to Kelantan i.e. Kota Bharu to be precise, last month, was awesome! Let's see our itinerary:

0835 - Depart from Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang (First time naik Firefly, dan saya jakun sebab dapat air dan muffin... haha)
0945 - Arrive at Sultan Ismail Petra Airport, Kota Bharu (KB) Kelantan



Sampai terus ambik kereta sewa daripada Hawk Car Rental kat airport tu jugak. Kami sewa kereta Persona dengan harga RM106 untuk satu hari. Nasib baik available, sebab kitorang tak book awal-awal... So better book awal lah lain kali kalau korang ada kereta yang korang prefer kan...

Then terus gerak ke Pasar Besar Siti Khadijah Kelantan menggunakan perkhidmatan Encik Waze. Sampai sahaja, kami disajikan banyakkkk giler kedai emas, namun begitu kami berjaya untuk tidak singgah... 

Lepas tu terus masuk ke Pasar Besar tersebut dan mencari brunch yang berupa Nasi Kerabu... Lepas makan dengan sedapnya, kami pun meneruskan aktiviti menabur duit di pasar tersebut dengan membli barangan tekstil seperti telekung lycra, baju, skirt, tudung, kain pelekat, kain pasang dan sebagainya... Kat bawah plak ada pasar basah jual ikan-kan, sayur, keropok, kuih-muih tempatan, dodol... Dodol kelantan memang best! itu lah yang encik suami pesan suruh beli di KB... hehe...






Menginjak tengahari, setelah taburan duit pusingan pertama dijalankan, kami pun meneruskan aktiviti Roadtrip kami ke Rantau Panjang pula. Perjalanan dari Kota Bharu ke Rantau Panjang menambil masa lebih kurang 50 minit. Sampai sahaja di sana, kami buat pitstop dulu di Masjid Beijing Rantau Panjang menunaikan solat Jamak. Cantik masjid ni, kagum dan jakun jugak la kami bertiga menengok masjid yang senibina nya amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China. (info daripada Encik Wikipedia)



Selesai bersolat, kami pun meneruskan aktiviti menabur duit pusingan seterusnya di Bazaar Rantau Panjang. Kat sini banyak jual pakaian dan berangan keperluan harian seperti pinggan mangkuk dan sebagainya. Biasa je la macam pesta Thai kat KL tu ha, cuma nya berskala besar lah kat Rantau Panjang ni...

Settle Rantau Panjang, kami pun pulang semula ke KB dalam lebih kurang jam 4 petang... Sampai semula ke KB dalam sejam kemudian, dan kami singgah sebentar di Bazaar Tok Guru sebab kahabrnya di sini banyak baju kurung siap... Memandangkan masa tu pun dah jam 5, banyak kedai yang dah tutup, sebab kebanyakannya akan tutup dalam jam 6... sempat la kami berjalan-jalan dan usha2 baju kurung kat situ, ada la baju yang menambat hati, murah plak tu, tapi saiz takder... so, jimat lah duit sket... kat Bazar Tok Guru ni banyak jual baju siap, telekung, blouse skirt, sikit lebih kurang macam Pasar Besar Siti Khadijah tadik lah, cuma sini tak jual barangan basah...



Settle kat Bazaar Tok Guru, dah dalam jam 6 petang camtu, kami pun pegi ke Yati Ayam Percik untuk dinner... Makan nasi kerabu dengan ayam percik... Original kelantan... thorrbaekkk... Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati... 






Dalam jam 7 pm camtu, kami pun pulang ke pangkal jalan iaitu ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra KB semula... Pulangkan kereta sewa, masuk dalam dan solat jamak maghrib isyak dan bersedia untuk pulang ke Subang. Penerbangan jam 9 pm dan sampai Subang sejam kemudian...


Alhamdulillah... Seronok dapat spend time dengan kawan2... Luv u bebeh muahssss



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...