Saturday, March 29, 2014

Cuti Sekolah Mac 2014

Kereta si kaya berbelas belas,
Hadiah sebuah untuk si Mama,
Cuti sekolah 2014,
Balik kampung agenda utama.

Menu utama nasi campur,
Minum teh tanpa gula,
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur,
Singgah Swiss Garden di Kuantan pula.

Anak menjerit bersahut-sahut,
Suasana bising sudah biasa,
Mandi kolam mandi laut,
Seronoknya anak-anak mengisi masa.

Anak kucing di dalam raga,
Tidur petang pelbagai gaya,
Sekitar KL pun pergi juga,
Jom! belon udara panas di Putrajaya.

Pakai shawl fesyen terkini,
Biar berabis asal bergaya,
Sekian aktiviti cuti kali ini,
Cuti seterusnya nak ke mana pula ya?





















Friday, March 21, 2014

Sabun Di Bilik Mandi



Memandangkan hari ini merupakan hari ulang tahun allahyarham tan sri p ramlee, saya terpanggil untuk membuat satu entry berkenaan dengannya.

Tak dinafikan ramai di kalangan kita suka tengok cerita p ramlee, at least ada satu quote daripada filem allahyarham yang pasti terpahat dalam ingatan.

Bagi saya, ada beberapa quote yang mencuit hati, iaitu:

"Kughang vitamin C!" dan "malam ini kita kerja overtime!!!" Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

"Kusangkakan dua, rupanya tiga..." Ni dalam filem Madu 3. Dan dari file yang sama juga, "Butang baju aku mana Pahhhh."

Hehe

Bait lagu ni pun selalu menjadi ingatan, daripada lagu Pendekar Bujang Lapok, "Bau asem, ketiak sape busok, lalalalala..." Ha! Lagi satu, dialog pendekar mustar, "eni!! Angkat kain hujaaaann, jemuran dah turuuuuunnn..."

"Sabunnnnn, di bilik mandi", ni plak filem Laksamana Do Re Mi kan... 

Eh! Banyaklah!

Apa dialog dalam cerita P Ramlee yang korang ingat? Ce citer... :-)

Thursday, March 20, 2014

Zaman Mengambil Keputusan SPM

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. :) dengar hotfm pagi tadi rupa-rupanya hari ini merupakan hari keluarnya keputusan Sijil Pelajaran Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM bagi pelajar yang menduduki peperiksaan nya pada tahun 2013...

Maka teringatlah saya zaman ambil result SPM dulu... Tidak dinafikan rasanya bagi kebanyakan kita zaman persekolahan adalah zaman yang paling diingati dengan macam-macam kenangan pahit manis kehidupan berlaku ketika itu... Hmmmm, how time flies... Terasa tua diriku ini... haha...

Settle je SPM, kebanyakan kita akan memasuki alam pengajian tinggi pula... Alhamdulillah saya dapat masuk Universiti... Empat tahun belajar dan berjaya membawa pulang segulung ijazah... Alhamdulillah juga rezeki Allah, tak sempat cuti pun dan dipanggil kerja kerana saya merupakan pemegang biasiswa sebuah syarikat swasta di Malaysia, jadi perlulah membalas jasa institusi yang telah membiayai pengajian saya dengan bekerja dengan syarikat tersebut...

Bila dah mula kerja, ini merupakan hakikat hidup sebenar... Di mana anda perlu membiayai kehidupan anda sendiri dengan hasil titik peluh sendiri... Setahun saya kerja, lepas tu dah masuk alam perkahwinan pula... Ya! Saya kahwin awal :-) 

Bila keluarga dah bertambah, ketika itu baru terasa ada cabaran dari segi kewangan dan masa... Dan baru tersedar yang single income tidak boleh menjamin saya bebas kewangan dan bebas masa... 

Saya pun mula berjinak-jinak dengan Network Marketing, macam-macam produk dari syarikat tertentu saya jual, dari barangan keperluan diri, kesihatan sehinggalah kepada barangan keperluan rumah...

Selalunya hangat tahi ayam sahaja, kerana pada ketika itu saya tiada mentor dan tiada sokongan yang kukuh. Sehinggalah pada tahun 2011 saya diperkenalkan dengan syarikat ini sekarang. Alhamdulillah dengan mentor dan sokongan rakan-rakan kongsi, perniagaan saya semakin stabil dan konsisten... Apa yang penting adalah kerjasama (macam wonderpet pula... Hihi)

Salah satu produk yang dipasarkan adalah Mineral Coffee. Nak tau lebih lanjut, sila klik sini http://www.ilinjunus.com/2013/08/kepentingan-magnesium.html

Saya sedang mencari agen  yang berminat untuk menjana pendapatan, part time atau full time... 


Kepada yang ingin mencuba, ingin bertanya lebih lanjut, boleh whatsapp ilin di 0136844143

Oh ye! Berbalik pada cerita pasal belajar tadi, pada pendapat saya, mata pelajaran yang wajib dipelajari di universiti adalah Enterprenuership atau Keusahawanan dan Personal Finance atau Kewangan Peribadi. 

Kenapa? Sebab 9/10 punca rezeki kan dari perniagaan, so, apalah salahnya belajar Enterpreneurship. Bila dah banyak duit, kalau tak pandai urus pun tak bagus kan? Jadi, Personal Finance tu penting :-)

Sekian, terima kasih kerana membaca

Salam.

Wednesday, March 12, 2014

Canopy Walk di FRIM Kepong

Anda sedar tak di kota batu Kuala Lumpur ni ada satu spot yg ala2 'ku lihat hijauuu'? Kalau rasa nak lari sekejap dari hiruk pikuk kota dan tanak pegi jauh2, boleh la pegi Canopy Walk kat FRIM Kepong ni.

Beberapa minggu yang lalu, sebelum saya dan encik suami pergi ber'ATV' di kemensah (sila lihat entry sebelum ini), kami telah ber'canopy walk' di FRIM Kepong.

Kami sampai di FRIM Kepong dalam jam 10.30 am macam tu, terus ke pusat informasinya untuk membayar yuran masuk. Lepas tu, adik kat counter tu brief la sikit pasal route untuk ber'canopy walk'...  Maka pendakian pun bermula... 


Kena lalu dalam 500m rover track yg mendaki sikit, dan dalam 250m mendaki bukit yg steep... Kalau siapa sakit lutut adalah tak sesuai yer... Masa ni yang mencabar sikit, kalau tak fit, agak mengah juga lah, dan kekuatan lutut amatlah penting (nasib baik hari-hari i makan BBPlus... Hehe)


Dah sampai kat pondok Canopy Walk tu, jalan la atas titian tu dalam 250m... Kalau gayat memang cabaran sikit la :-)




Dah settle Canopy Walk, mode menurun bukit le plak sampai ke bawah semula, masa ni dapat la dengar deruan air terjun yang mendamaikan... Turun sampai picnic area, dan lepas tu ada la gerai2 kalau nak minum jap menghilangkan penat lelah...




Secara keseluruhannya, sejam naik sejam turun... Memang satu aktiviti yg sangat menyegarkan... Asyik pegi tgk wayang ngan window shopping je pon, tak best jugak kan? Siapa yg belum pernah pegi boleh la try buat aktiviti ni, sesuai bersama orang tersayang dan rakan2... Hehe

Oh! Lupa plak nak cerita bayaran. Berikut adalah bayaran yg diperlukan:
1. Masuk FRIM naik kereta - RM5
2. Canopy Walk per pax dewasa - RM5

Murah je kan? :-)

Moral cerita, cintailah kehijauan bumi. Sekian, hehe...

Tuesday, March 11, 2014

ATV Adventure Park Kemensah

Last 3 weeks, saya dan encik suami telah menjalani satu aktiviti luar atau outdoor yang agak mencabar lah juga bagi saya yang ala-ala perempuan melayu terakhir ni (hahaha... Perasan! Sila jangan muntah) 

Mula-mula kitorang google dulu tempat ni takut ada timing yg perlu di follow ke apa kan... Nasub baik google sebab memang dia ada timing, so kami pilih slot pukul 12 tengah hari... 

Sampai je sana, kitorang dua je client diorang, so, bayar dan terus dia brief dulu caner nak drive dan suruh training dulu pakai ATV tu dalam 2-3 lap... Huh! Bila dah start enjin dan manouver, terus macam menyesal sebab cam berat kot nak bawak ATV tu! Haha 

Tapi sebab dah bayar, kan... Takpelah, kasi settle, kurang2 boleh gak update instagram aku dah naik ATV ekekeke

So, pakej yang kitorang ambil ni dalam round hutan Kemensah tu, dan stop kat satu air terjun, namanya  3-tier waterfall... Ambil2 gambar sikit, dan cicah2 kaki sikit kat kawasan air terjun tu, then sambung balik... Keseluruhannya, dalam sejam setengah la jugak ride ATV tu... Best juga, walau cuak! Hehe 

Owh! Satu lagi, jangan risau, marshall ada yang guidekan kita nak ke mana, dan kalau ada problem nak manouver ATV tu, dia akan assist, jangan risau lah! :-)

All in all, sangat menarik juga bawa ATV tu, ye la dating ngan asben asyik tengok wayang ngan karaoke jer... Cliche sangat! Kita cuba outdoor activity, apa salahnya kannnn... 





Settle ATV ride, kitorang pegi singgah kejap mandi air terjun kat kemensah yang dekat maahad tahfiz tu... Berendam di tengah hari rembang... Best woooo... Hihi


Moral cerita, cintailah alam sekitar (haha... Takder motif aku ni)

Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...