Wednesday, December 25, 2013

Be In Shape

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Sempena dengan hujung tahun 2013 ini, saya akan ada promotion untuk 1 set Premium Beautiful (PB) ... Yey! Dapatkan set PB anda pada harga istimewa...

Kepada yang masih ingin tahu apa itu PB, ianya terdiri daripada 3 helai pakaian dalam iaitu long bra, long girdle (seluar) dan waist nipper (bengkung). Inilah yang saya pakai semasa dalam pantang. Pada pendapat saya, PB lebih mudah dipakai berbanding bengkung tradisional. 

Antara kelebihan PB:

Long Bra

1. Mengelakkan bengkak susu
2. Mengelakkan payudara berdarah
3. Menyokong payudara besar
4. Menggalakkan pertumbuhan payudara yang kecil
5. Meransang pengeluaran susu ibu
6. Mengelakkan gastrik


Long Girdle (Seluar)

1. Menyokong rahim selepas melahirkan anak
2. Menstabilkan hormon
3. Mengurangkan senggugut
4. Membantu perlekatan janin
5. Mencantikkan punggung
6. Mengurangkan keputihan


Waist Nipper (Bengkung)

1. Menyokong tulang belakang
2. Memecahkan batu karang kecil
3. Mengempiskan perut
4. Menghilangkan 'stretch mark'
5. Membentuk pinggang
6. Elok untuk mencegah demam kuning
7. Mengubat lenguh kaki
(Gambar adalah ehsan daripada website Hai-O Marketing)

Oh! Antara kelebihan lain PB adalah ianya mempunyai lifetime warranty dan boleh hantar repair (percuma). 

Jom dapatkan PB pada harga istimewa, hubungi/ Whatsapp, We Chat, Viber Ilin Junus di 0136844143

Sekian.

Sunday, December 15, 2013

Menu Berpantang Bersalin (Sambungan)

Kukus grill panggang, kukus grill panggang

Menu orang berpantang hari ni adalah Ayam Kukus Lada Hitam. Senang je nak masak lauk ni. 

Bahan-bahan asas nya adalah:
- bawang putih, 
- bawang merah, 
- halia, 
- lada hitam. 
- Semua bahan di atas dikisar atau ditumbuk, 
- adukkan dengan ayam. ayam ni tadi dah dibersihkan dan di purify
- garam secukup rasa. 
- masukkan ke dalam pengukus
- kukus selama 20 minit
- sebelum hidang perahkan sedikit limau nipis

Siap! Senang je kan... Encik suami pun boleh tolong masakkan... Selamat mencuba... Hehe




Airfryer

Apakah Airfryer? Teknologi Airfryer adalah ianya menggunakan udara yang sangat panas untuk menggoreng.

Saya memang dah lama nak memiliki Airfryer ni. Kenapa saya sangat menginginkannya? 
- Ianya adalah teknologi memggoreng tanpa menggunakan minyak (sangat sihat okeh!)
- apabila minyak tidak digunakan, kawasan dapur anda adalah bebas minyak dan proses mengemop lantai dan dinding dapur adalah tidak diperlukan (hehe... Senang la sket keje i yang takde pembantu rumah ni... gitu)

Kajian telah dibuat terhadap beberapa brand seperti Philips dan Tefal. Tapi kedua-duanya adalah melebihi budget saya. So, terpaksa simpan dulu niat murni untuk memilikinya beberapa bulan yang lalu. Namun begitu, hari ini Encik Suami telah membuat lawatan ke kedai elektrik berdekatan dan telah membawa pulang sebuah Airfryer yang berjenama Princess. Walaupun spesifikasi nya tidak sama dengan Philips dan Tefal tapi fungsi nya sebagai Airfryer adalah menepati dan berada di dalam lingkungan bajet. 

So dengan terujanya Airfryer tersebut telah dirasmikan dengan memasak nugget. Encik suami adalah sangat impress dengan hasil masakan tersebut dan terasa ianya seperti magis! Hehe iyelah, menggoreng tanpa menggunakan minyak , macam pelik la kan... Dan surprisingly kata Encik suami rasa nugget tu adalah lebih sedap daripada deep fry. 

Salah satu perbezaan antara Airfryer Philips dan Princess ini adalah, Princess akan berpusing semasa proses penggorengan manakala Airfryer jenama Philips adalah berada dalam keadaan flat sahaja. Oleh itu rasanya lebih banyak resipi yang boleh dimasak menggunakan Philips berbanding Princess. Dan jika di gugel, memang resipi Airfryer Philips adalah lebih luas cara masakannya berbanding Princess. Namun begitu jika tujuan anda membeli Airfryer adalah lebih kepada untuk memasak kentang, ayam goreng, nugget, hotdog, sayur goreng dan anda telah mempunyai alatan dapur lain yang pelbagai, Airfryer Princess adalah sesuai untuk anda.




Sekian terima kasih 

Ilin Junus

Thursday, December 12, 2013

My Confinement Diary

Pejam celik pejam celik, it's already 24 days since i've delivered my 4th baby. Another 20 days to go to finish my Pantang! Oh yes, for us Malays we need to Pantang for 44 days. But there are people who extend their Pantang up to 100 days! (Terutamanya dalam bab makanan dan minuman)

Kenapa perlu berpantang dan kenapa ianya masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita Melayu? Ok, ini adalah kerana dikatakan bahawa berpantang bagi wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami. Hmmmmm, sounds tempting huh!? Hehe... 

So, its actually depends on you, because actually there are benefits on the activities during Pantang. Orang dulu-dulu takkan wujudkan tanpa sebab kan? 

Ok, saya adalah antara wanita yang tekun dan rela tu. So kat sini just nak kongsi beberapa aktiviti Pantang yang saya buat dan antara kebaikannya:


  • BENGKUNG: Biasanya perut perlu disapu dengan minyak perut atau krim bengkung yang juga boleh didapati di kedai. Sebelum itu balut perut dengan kain untuk mengelakkan bengkung kotor. ianya dipercayai boleh membantu:
    • mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya potongan badan kembali kepada bentuk asal;
    • melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal;
    • mengetatkan perut dan otot-otot yang longgar semasa kehamilan;
    • menggalakkan postur yang baik, justeru, membantu penyusuan bayi;
    • memecahkan lemak dan selulit;
    • mencegah dari makan berlebihan.


  • TUNGKU: Biasanya saya menggunakan batu sungai yang dibakar di atas dapur dan dibalut dengan daun mengkudu. Bertungkulah selama sejam, atau sekiranya tidak berkesempatan, 30 minit juga memadai. Amalan bertungku dipercayai boleh:
    • memecahkan lemak;
    • mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin;
    • mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.

  • URUT: Setiap kali berpantang, saya akan berurut 3 hari berturut-turut selepas hari melahirkan, dan 3 hari berturut-turut semasa sebelum habis pantang i.e. hari ke 42, 43 dan 44. Berurut sekepas bersalin dikatakan boleh:
    • melancarkan perjalanan darah;
    • mengeluarkan darah (lokia) yang terperangkap dan bertakung;
    • menaikkan semula rahim;
    • membetulkan urat-urat yang tegang, terputus atau yang terkeluar daripada tempatnya;
    • memecahkan lemak;
    • menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali ke bentuk badan asal;
    • mempercepatkan proses pemulihan keseluruhan selepas bekerja keras melahirkan anak.

  • MANDI HERBA: Antara herba yang digunakan adalah serai wangi, daun pandan, daun inai dll. Mandi air rebusan herba ini dikatakan juga dapat:
    • mengembalikan tenaga;
    • mengeluarkan angin;
    • menghapuskan bau daripada lokia (darah nifas) dan rembesan lain;
    • merawat urat-urat yang sengal.


Masa berpantang juga, adalah dinasihatkan untuk menjaga apa yang anda makan dan minum. Elakkan makanan/ minuman yang sejuk dan angin. Bukan saja baik untuk si ibu tetapi juga baik untuk bayi terutamanya apabila kita menyusu badan. Kalau makan benda berangin nanti baby kembung perut kan payah tu... Tak tidur malam dibuatnya, seksa!



Ok kepada ibu yang sedang dalam pantang, yang penting banyak bersabar. Bantuan dan sokongan daripada keluarga terdekat terutamanya suami amatlah diperlukan. Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...