Saturday, November 30, 2013

Beautiful Day by GLAM

7th December 2013 . Vivatel Kuala Lumpur . 2:00PM . 

A Beautiful Day Featuring TWO of Malaysia's Favourite Choice . Premium Beautiful & Rizman Ruzaini . 

There will be a FASHION SHOW, more info on PREMIUM BEAUTIFUL (PB), PB TESTIMONIALS and FREE FITTING for those who wanna try how it feels when you wear PB. Plus you also can buy PB with DISCOUNTED PRICE !! Yeay!!

For tickets & more info, PM or Whatsapp me at 0136844143

Ilin junus

Monday, November 25, 2013

Menu Berpantang Bersalin


Menu makan tengahari saya hari ni ialah Ikan Masak Pindang. Senang je nak masak makanan orang dalam pantang ni, simple dan berkhasiat. So dibawah, adalah resipi ikan masak pindang yang sesuai dimakan oleh ibu yang sedang pantang bersalin.

Bahan-bahan:
2 keping ikan merah/ ikan tenggiri yang dah dibersihkan dan purify
10 gm kunyit - tumbuk
10-15 biji lada hitam - tumbuk (pilihan)
30 gram halia - dihiris halus
2 biji bawang merah - dihiris halus
6 biji bawang putih - dihiris halus
1-2 keping asam gelugur
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali ikan ke dalam periuk. Didihkan di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan. Didihkan lagi hingga masak.

Senang je kan?! Sesiapa pun boleh masak, apatah lagi encik suami :-)



Bye xoxo

Sunday, November 24, 2013

Newborn baby

18 Nov 2013 - I am officially a mother of 4. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan Allah. Contraction of 10 minutes apart was felt at 4.30pm, at 7.30pm went to hospital. Arrived labour room, already 9cm dilate! At 9 pm, safely delivered a 2.76 kg baby boy. Alhamdulillah...

Mengandung 9 bulan sudah, proses melahirkan settled, and now is recovery time. Macam-macam kerenah masa dalam pantang ni, breast engorgement, baby jaundice... Well, hanya kesabaran yang tinggi diperlukan. Juga paling penting adalah sokongan dan bantuan ahli keluarga terdekat terutamanya suami.

Ok, since baby pun tengah tidur, baik i pun ambil peluang untuk berehat juga... Till then, muahsss xoxo...


Sunday, November 17, 2013

Khasiat Buah Delima

Pernah makan buah delima? Hari tu jalan2 kat kedai, ternampak pulak orang jual buah delima tepi jalan, terus minta Encik Suami belikan... Actually, teringin je makan buah delima ni, tatau pulak khasiatnya banyak... 



Menurut Encik Google, antara khasiat buah delima ialah: 

Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
  • Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
  • Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
  • Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Kalau google memang banyak lagi khasiat buah delima ni. Tapi memandangkan tengah mengandung, so, saya fokus pada tu je lah... :-) 

Ada juga orang kata makan buah delima masa mengandung, nanti dapat anak yang bermata cantik! Itu semua ketentuan Allah kan :-)

Bye XOXO

World Innovation Forum Kuala Lumpur 2013 - WIFKL 2013

Alhamdulillah, participated in World Innovation Forum Kuala Lumpur 2013 or also known as WIF KL 2013.

The event was organized by MOSTI and we from Gream Leaders Academy Malaysia (GLAM) or we called us as Glampreneur had a chance to share with the participants on Garam Buluh aka Bamboo Salt (to know more on Garam Buluh, click here

Besides that, we also had a chance to share on how we use social media as our marketing tool for our product and how we can benefit it to expand our business. Currently GLAM had business partners in Singapore, Brunei, Qatar, Australia and many more to come. 









Kindly contact/ whatsapp Ilin Junus at 0136844143 to know more.

Tq xoxo

Thursday, November 7, 2013

Ikan Bakar Jalan Bellamy

Jalan Bellamy memang terkenal dengan ikan bakarnya. Kalau peak hours memang kena beratur. That's the best part of Ikan Bakar Jalan Bellamy. 

Kalau datang sini, saya akan pilih kedai no.3 iaitu Kedai Kak Jat. 





So, kalau takde idea nak makan apa untuk tengahari boleh la pegi makan ikan bakar jalan bellamy. Cuma, perlu diingat waktu tengahari adalah panas dan anda akan berpeluh-peluh semasa menikmati hidangan. Namun begitu, ianya berbaloi :-) kalau tengahari tu better sampai sana at 12 noon, at least boleh pilih the best seat yang bawah kipas. kalau dah 1230 tengahari tu memang tengah peak hours, so you do not have much choices :-)

Sekian, terima kasih

Monday, November 4, 2013

Agar agar Santan Gula Merah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera... hehe... Semalam cuti, bila cuti, selalunya akan ada aktiviti masak memasak... So Encik Suami telah membuat permintaan untuk memakan agar-agar santan gula merah... Kalau saya, panggil benda ni Lengkong, kalau Encik Suami panggil Belede (teganu kita lah katakan) hehe...

Memandangkan saya tidak pernah membuatnya maka pencarian resipi di google pun bermula. 

So, berikut merupakan resipi agar-agar santan gula merah:

Bahan A
  • air 1 liter atau 4 cawan
  • gula merah/ gula melaka/ gula kabung 200g
  • 1/4 cawan gula pasir
  • daun pandan 2 helai
  • 1 peket agar-agar 10g


Bahan B
  • 250ml santan pekat (atau 100 ml santan kotak dan tambah air sehingga jadi 250ml)
  • 1 biji telur ayam
  • Secubit garam

Kaedahnya:
  1. Masak gula merah, gula pasir dan air. Masukkan daun pandan yang diikat. Masak sehingga mendidih dan sentiasa dikacau. Bila dah siap, tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan
  2. Dalam periuk lain, masak agar-agar bersama 2 cawan air sehingga mendidih
  3. Masukkan air gula merah yang dimasak pada no. 1 tadi dan kacau sentiasa sehingga mendidih
  4. Dalam bekas lain, campurkan Bahan B dan kocak dengan garfu
  5. Kecilkan api agar-agar tadi, masukkan kaedah no.4 dan sentiasa dikacau sehingga mendidih.
  6. PENTING Bila menggelegak, kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau (1-2 minit). Anda akan dapati adunan santan jadi berbintil-bintil, maka tutup api.
  7. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.
  8. Dah mengeras, boleh lah potong dan makan.
  9. Nak letak dalam peti ais lagi best, supaya bila makan time sejuk, perrgghhh! hehe






Senang je resipi ni, zaman mak-mak kita dulu buat sambil tutup mata je... Tapi sekarang ni macam takde jual secara berleluasa sangat agar-agar ni ek... Kenapa yer?

Ilin Junus 

Sunday, November 3, 2013

Garam Buluh atau Bamboo Salt

Garam merupakan bahan yang diperlukan dalam kehidupan seharian, jadi memilih dan mengambil garam yang terbaik adalah sangat penting. Kesihatan keluarga adalah tanggungjawab kita semua!

Akan tetapi, garam buatan zaman moden mengandungi 99% natrium klorida (NaCl) dan bersifat asid. Ia mengalami kehilangan mikro dalam proses pengilangan dan mengandungi aditif. Dr. Numada Ismigu, Pengerus Composite Medical Association, Jepun menyatakan NaCl adalah punca utama penyakit tekanan darah tinggi. Oleh itu, adalah amat bahaya jika garam buatan digunakan dengan banyak.

Ok, di atas adalah sedikit maklumat tentang garam yang sangat membuka minda. So, mana nak cari garam yang sihat? Hari-hari masak mestilah pakai garam kan?

Ya! Anda boleh menggunakan garam buluh sebagai pengganti garam biasa.

Antara kebaikan Garam Buluh adalah:

  • 100% diperoleh daripada sumber semulajadi
  • Bersifat alkali (pH 10.5-11.0)
  • Kaya dengan bahan-bahan mineral dan elemen mikro iaitu magnesium, kalsium dan kalium yang membantu mengekalkan keseimbangan ion badan
  • Bersifat alkali dan dapat menyeimbangkan pH badan
  • Mengekalkan keseimbangan nutrien badan dan mempertingkatkan kadar metabolisme


Garam Buluh Masak (Bamboo Salt Premier Cooking Salt Powder)
West Malaysia RM53.00, East Malaysia RM54.00 
Net Weight: 200g


Terdapat beberapa rangkaian produk lain bagi garam buluh. Iaitu:

Untuk maklumat lanjut atau ingin menjadi pengedar, boleh hubungi/ Whatsapp Ilin Junus di 0136844143

Sekian, terima kasih :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...