Hadiah sebuah untuk si Mama,
Cuti sekolah 2014,
Balik kampung agenda utama.
Menu utama nasi campur,
Minum teh tanpa gula,
Sebelum pulang ke Kuala Lumpur,
Singgah Swiss Garden di Kuantan pula.
Anak menjerit bersahut-sahut,
Suasana bising sudah biasa,
Mandi kolam mandi laut,
Seronoknya anak-anak mengisi masa.
Anak kucing di dalam raga,
Tidur petang pelbagai gaya,
Sekitar KL pun pergi juga,
Jom! belon udara panas di Putrajaya.
Pakai shawl fesyen terkini,
Biar berabis asal bergaya,
Sekian aktiviti cuti kali ini,
Cuti seterusnya nak ke mana pula ya?
No comments:
Post a Comment