Friday, April 4, 2014

Everyday is a Hectic Day



Bola dibaling melantun-lantun
Sedang bersiap nak pegi keje
Saya saja nak reka pantun
Pantun empat kerat pun boleh je

Bersiap si dara memakai anggun
Pakaian semua sedondon sama
Sebelum subuh sudah pun bangun
Paling lewat pun jam lima

Kemas beg anak, buku sekolah segala,
Baju, pakaian, susu, makanan juga,
Hendak dibawa ke rumah baby sitter le,
Perlulah semuanya disiap siaga.

Alarm berbunyi di atas meja,
Cepat bangun! Lambat kang kelam kabut,
Kenapa tak ambik maid je?
Kan senang, rumah pon tak serabut.

Tetiba teringin nak makan putu,
Mana nak cari pagi-pagi?
Rumah ku comel, mana nak letak maid tu, 
Lagipun buat masa ni leh survive lagi.

Si sulung sarapan makan nasi,
Bekal pun ada bawak biskut jer.
Hantar anak-anak ke empat destinasi,
Sek ren, sek agama, tadika, baby sitter.

Pegi office naik lrt
Waktu kerja perlu dipatuhi
If dapat duduk dalam lrt
Dapat la rehat jap kesat peluh di dahi.

Breakfast beli roti jala,
Sambil-sambil jamu mata,
Sampai office sibuk pula,
Tuntutan kerja apa nak dikata.

Cukup masa time balik pula,
If takder meeting, balik on time je,
Balik rumah naik lrt le,
Tak kuasa nak hadap jem de.

Sampai rumah terus tukar switch,
Switch office off, switch rumahtangga le pula,
Dinner kadang2 layan jer sandwhich,
Pastu kena settle keje sekolah anak2 pula.

Anak bongsu terbatuk-batuk,
Belakangnya si abang menggosok-gosok,
Jom masuk tidur, mata dah mengantuk,
Recajkan diri sedia untuk esok.

Inilah rutin itulah aktiviti,
Sungguh hectic sehari-hari,
Ku lalui dengan senang hati,
Alhamdulillah Ya Allah, daku mensyukuri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...