Memandangkan hari ini merupakan hari ulang tahun allahyarham tan sri p ramlee, saya terpanggil untuk membuat satu entry berkenaan dengannya.
Tak dinafikan ramai di kalangan kita suka tengok cerita p ramlee, at least ada satu quote daripada filem allahyarham yang pasti terpahat dalam ingatan.
Bagi saya, ada beberapa quote yang mencuit hati, iaitu:
"Kughang vitamin C!" dan "malam ini kita kerja overtime!!!" Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.
"Kusangkakan dua, rupanya tiga..." Ni dalam filem Madu 3. Dan dari file yang sama juga, "Butang baju aku mana Pahhhh."
Hehe
Bait lagu ni pun selalu menjadi ingatan, daripada lagu Pendekar Bujang Lapok, "Bau asem, ketiak sape busok, lalalalala..." Ha! Lagi satu, dialog pendekar mustar, "eni!! Angkat kain hujaaaann, jemuran dah turuuuuunnn..."
"Sabunnnnn, di bilik mandi", ni plak filem Laksamana Do Re Mi kan...
Eh! Banyaklah!
Apa dialog dalam cerita P Ramlee yang korang ingat? Ce citer... :-)

No comments:
Post a Comment