Last 3 weeks, saya dan encik suami telah menjalani satu aktiviti luar atau outdoor yang agak mencabar lah juga bagi saya yang ala-ala perempuan melayu terakhir ni (hahaha... Perasan! Sila jangan muntah)
Mula-mula kitorang google dulu tempat ni takut ada timing yg perlu di follow ke apa kan... Nasub baik google sebab memang dia ada timing, so kami pilih slot pukul 12 tengah hari...
Sampai je sana, kitorang dua je client diorang, so, bayar dan terus dia brief dulu caner nak drive dan suruh training dulu pakai ATV tu dalam 2-3 lap... Huh! Bila dah start enjin dan manouver, terus macam menyesal sebab cam berat kot nak bawak ATV tu! Haha
Tapi sebab dah bayar, kan... Takpelah, kasi settle, kurang2 boleh gak update instagram aku dah naik ATV ekekeke
So, pakej yang kitorang ambil ni dalam round hutan Kemensah tu, dan stop kat satu air terjun, namanya 3-tier waterfall... Ambil2 gambar sikit, dan cicah2 kaki sikit kat kawasan air terjun tu, then sambung balik... Keseluruhannya, dalam sejam setengah la jugak ride ATV tu... Best juga, walau cuak! Hehe
Owh! Satu lagi, jangan risau, marshall ada yang guidekan kita nak ke mana, dan kalau ada problem nak manouver ATV tu, dia akan assist, jangan risau lah! :-)
All in all, sangat menarik juga bawa ATV tu, ye la dating ngan asben asyik tengok wayang ngan karaoke jer... Cliche sangat! Kita cuba outdoor activity, apa salahnya kannnn...
Settle ATV ride, kitorang pegi singgah kejap mandi air terjun kat kemensah yang dekat maahad tahfiz tu... Berendam di tengah hari rembang... Best woooo... Hihi
Moral cerita, cintailah alam sekitar (haha... Takder motif aku ni)
Sekian
No comments:
Post a Comment