Menurut Encik Google, antara khasiat buah delima ialah:
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
- Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
- Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
- Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Kalau google memang banyak lagi khasiat buah delima ni. Tapi memandangkan tengah mengandung, so, saya fokus pada tu je lah... :-)
Ada juga orang kata makan buah delima masa mengandung, nanti dapat anak yang bermata cantik! Itu semua ketentuan Allah kan :-)
Bye XOXO
No comments:
Post a Comment