Monday, November 4, 2013

Agar agar Santan Gula Merah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera... hehe... Semalam cuti, bila cuti, selalunya akan ada aktiviti masak memasak... So Encik Suami telah membuat permintaan untuk memakan agar-agar santan gula merah... Kalau saya, panggil benda ni Lengkong, kalau Encik Suami panggil Belede (teganu kita lah katakan) hehe...

Memandangkan saya tidak pernah membuatnya maka pencarian resipi di google pun bermula. 

So, berikut merupakan resipi agar-agar santan gula merah:

Bahan A
  • air 1 liter atau 4 cawan
  • gula merah/ gula melaka/ gula kabung 200g
  • 1/4 cawan gula pasir
  • daun pandan 2 helai
  • 1 peket agar-agar 10g


Bahan B
  • 250ml santan pekat (atau 100 ml santan kotak dan tambah air sehingga jadi 250ml)
  • 1 biji telur ayam
  • Secubit garam

Kaedahnya:
  1. Masak gula merah, gula pasir dan air. Masukkan daun pandan yang diikat. Masak sehingga mendidih dan sentiasa dikacau. Bila dah siap, tapiskan dan jadikan jumlahnya 2 cawan
  2. Dalam periuk lain, masak agar-agar bersama 2 cawan air sehingga mendidih
  3. Masukkan air gula merah yang dimasak pada no. 1 tadi dan kacau sentiasa sehingga mendidih
  4. Dalam bekas lain, campurkan Bahan B dan kocak dengan garfu
  5. Kecilkan api agar-agar tadi, masukkan kaedah no.4 dan sentiasa dikacau sehingga mendidih.
  6. PENTING Bila menggelegak, kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau (1-2 minit). Anda akan dapati adunan santan jadi berbintil-bintil, maka tutup api.
  7. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.
  8. Dah mengeras, boleh lah potong dan makan.
  9. Nak letak dalam peti ais lagi best, supaya bila makan time sejuk, perrgghhh! hehe






Senang je resipi ni, zaman mak-mak kita dulu buat sambil tutup mata je... Tapi sekarang ni macam takde jual secara berleluasa sangat agar-agar ni ek... Kenapa yer?

Ilin Junus 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...