Wednesday, October 8, 2014

Girl's Day Out Lagi

Kali ni punya day out bertemakan Light & Easy - Soul Therapy. Agenda dimulakan dengan sarapan pagi di rumah Timah. Timah telah menyediakan kami nasi goreng udang, sambal bilis, roti pratha, kari ayam dan nescafe panas. Tema makan adalah makan berat sebab kami akan makan tengahari lewat sikit nanti.


Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.  Agenda diteruskan dengan memanjakan diri di spa. Kami telah memilih spa yg berdekatan dengan rumah Timah iaitu Scissor's Magic yang terletak di Shah Alam Seksyen U5. Alamat penuh adalah sperti berikut:

Scissors Magic No. 17-B, Tingkat 1, Jalan Uranus AG, U5/AG, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.

Spa ini dimiliki oleh bekas junior sekolah saya, nama dia Nadia, dan ini adalah kali pertama kami ke sini. Macam2 servis disediakan, sangat menarik dan harga pun berpatutan. Urut tradisional, facial resdung, mandi lulur, inai rambut, hair relaxing, rebonding, macam2 lah! Waxing pon ada... Dan yang penting ini adalah spa muslimah... Terbaek kan!


Haaaaa! Nampak tak muka puas hati kitorang! Hehe

Servis memang best dan memang lepas ni akan datang lagi nak buat treatment rambut lak! Sesapa yang nak cuba khidmat di Scissor's Magic boleh whatsapp je Nadia kat 0176217187, atau kalau nak skodeng fesbuk dia pon boleh, https://www.facebook.com/ScissorsMagic
 

Lepas settle memanjakan diri, usai solat zohot, jam dah pun menginjak ke pukul 3pm... kami pon gerak ke seksyen 15 untuk makan... Kali ni kitorang makan kat Restoran Cina Muslim Adam Lai...  





Settle makan2, dah pon pukul 5 petang, we call it a day, dan kitorang pun bersurai...


Thank you frens, seronok dapat day out, lepas ni kita gi melaka lak ekkk! Jauh sket jalan hehe... Muahh cikeddd hik hik :-) Pssttt! Saya adalah pakai mermaid skirt abang kawasan Ashhannas Ashhannas hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...