Saya memang dah lama nak memiliki Airfryer ni. Kenapa saya sangat menginginkannya?
- Ianya adalah teknologi memggoreng tanpa menggunakan minyak (sangat sihat okeh!)
- apabila minyak tidak digunakan, kawasan dapur anda adalah bebas minyak dan proses mengemop lantai dan dinding dapur adalah tidak diperlukan (hehe... Senang la sket keje i yang takde pembantu rumah ni... gitu)
Kajian telah dibuat terhadap beberapa brand seperti Philips dan Tefal. Tapi kedua-duanya adalah melebihi budget saya. So, terpaksa simpan dulu niat murni untuk memilikinya beberapa bulan yang lalu. Namun begitu, hari ini Encik Suami telah membuat lawatan ke kedai elektrik berdekatan dan telah membawa pulang sebuah Airfryer yang berjenama Princess. Walaupun spesifikasi nya tidak sama dengan Philips dan Tefal tapi fungsi nya sebagai Airfryer adalah menepati dan berada di dalam lingkungan bajet.
So dengan terujanya Airfryer tersebut telah dirasmikan dengan memasak nugget. Encik suami adalah sangat impress dengan hasil masakan tersebut dan terasa ianya seperti magis! Hehe iyelah, menggoreng tanpa menggunakan minyak , macam pelik la kan... Dan surprisingly kata Encik suami rasa nugget tu adalah lebih sedap daripada deep fry.
Salah satu perbezaan antara Airfryer Philips dan Princess ini adalah, Princess akan berpusing semasa proses penggorengan manakala Airfryer jenama Philips adalah berada dalam keadaan flat sahaja. Oleh itu rasanya lebih banyak resipi yang boleh dimasak menggunakan Philips berbanding Princess. Dan jika di gugel, memang resipi Airfryer Philips adalah lebih luas cara masakannya berbanding Princess. Namun begitu jika tujuan anda membeli Airfryer adalah lebih kepada untuk memasak kentang, ayam goreng, nugget, hotdog, sayur goreng dan anda telah mempunyai alatan dapur lain yang pelbagai, Airfryer Princess adalah sesuai untuk anda.
Sekian terima kasih
Ilin Junus
Salam..
ReplyDeleteSekarang ada promo..saya jual Phillip Airfryer rm 650.
Like FB page Pandanmall.com